Followers

Friday, July 1, 2011

SeDetIK gENtiNg!!!



Puas, suatu kata yg terungkap
jika sesuatu yg diusahakan membuahkan hasil,
Namun, itu hanya mimpi siang yg sering berlegar di fikiran maya ku ini...
Aku bagai mendabik dada, tatkala 'mainan tidur' itu datang menyapa ku,
Terlena dibuai keasyikan berseronok...

Suatu saat aku seakan hilang arah tuju,
Dipukul ombak kelalaian,
Dipukau rasuk ketaksuban...
Namun, saat itu tidak kekal lama,
berlalu pergi,
membiarkan ku bersendiri...

Kemudian, detik bahagia datang menjelma,
menjanjikan kebahagian yg ku dambakan selama ini,
Namun, bahang kebahagian yg dirasa,
hanyalah seketika,
Sekali lagi kelalaian menjelma,
Aku tidak lagi di situ,
Kerana aku berdepan dengan
'Sedetik Genting'...

Berbekalkan kesabaran, aku harungi dugaan,
Dengan harapan
kejayaan datang mengiringi usahaku selama ini...
Aku berharap, 'sedetik genting' itu tidak lagi menyapa diri ini,
hanyalah kebahagiaan yang ku tunggu-tunggu menjelma jua
dipenghujung jalan...

No comments:

Post a Comment