Followers

Tuesday, January 8, 2013

BLACKBERRY

ASSALAMUALAIKUM..

Haiii selamat petang semua.. apa khabar sume?? fina harap korg sume sihat.. yg xsihat tu g laa mam ubat n jumpe doktor.. heheee.. sakit cinta ke sayang oiii?? wakakaaa.. hari nii saje je fina nk sharing2 ngan korg sume.. hehehee.. hari nii fina tulis entry guna fon BB.. yahuuu.. suke nyeee..wakakaaaa.. dh lame nk cube tapi mls lak.. xtaw la npe ari ni tangan nii gatai sgt nk mencube.. tpi xpe kn.. xde org nk marah kan?? ahhaaa.. so suke laa.. cepat la cepat laa.. suke suke.. wakakaa.. .eh jgn laaa over sgt yunkk oii.. " adess mereng dah fina nii..  "  
Pestime nii update guna bb so jg gilerr la cikit..hahaa. Org len dh lame bt benda nii tpi ak pes time.. wakakaaa.. xpe2 mencube yer fina.. hahaaa.. tapi syok lak yer guna fon nii.. pape pun TAHNIAH yerr fina.. anda berjaya.. yahuuuu... hurrrraaayyy.. "Sengalll" ..
Okies laaa... Babaiiii sume...


Tuesday, January 1, 2013

buah mulberry


haii kawan2... apa khabar sume.. sihatkan??..hehee..  hari ini fina nk cite cikit tentang khasiat buah mulberry..just nk sharing2 jee. korg penah dgo x BUAH MULBERRY?? mesti la penah dngar kn.. hehheee. fina nii je yg ketinggalan zaman.. baru je kenal buah nii.. hahaa.. tu pun seb bek taw kalu xtaw entah apaa laa nk jadi.. hehehe.. buah nii ada tanam kat umh fina.. akk fina yg bwk balik dari tempat keja.. sekrg pokok nii dh tmbuh dengan sempurna and sihat.. buah pun memg berbaloii.. kat tepi umh ada.. kt belakang umh pun ada.. haahaa.. pestime tgk buah ni fina ingat kn ulat bulu so xberani nk sentuh laa.. hehee.. tgk betul2 rupanye bukan.. kahkahkahh.. lucuzzz kot.. buah mulberry sedap taw.. yg dh masak ase manis jee.. yg lom ae masam..hahaa..

meh laa fina cite sedikit sebanyk tentg buah mulberry.. :)

ni yg dh masak..warna hitam..


Mulberry merupakan tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China. Ia dikenali sebagai botaninya, morus alba, pokok mulberi yg ditanam di negara china adalah mulberry putih. Pokok mulberi lain yg menghasilkan buah berwarna hitam dan merah pula bnyk ditanam di ngra2 beriklim tropika dan sub-tropika. Salah 1 kegunaan bhgian pokok mulberry, terutama daunya adalah sebagai mknan utama ulat sutera. Maka disebbkb itulah jika di mlysia, daun pokok ini dikenali sbgai daun ulat sutera atau besaram. Buah ini mengandungi asid sitrik,gula dan vitamin C. Daun pula mengandungi adenin,amilas,asid suksinik,karoteba dan kolin. Biji pula mengandungi ureas. Manakala kulit akar pokok mengandungi beta-amirin,minyak meruap,resinotanol dan sitosterol.


KHASIAT :

1) penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)

2) mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah

3) mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi

4) membantu mengelakkan serangan sakit jantung

5) mengurangkan keadaan asma yang teruk

6) membantu dalam kehilangan berat badan

7) melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda

8) mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kalsium yang tinggi

9) Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan

10) Mengurangkan kesakitan ketika datang haid

11) Membantu perjalanan haid yang tidak teratur

12) Menambahkan tenaga

13) Membantu mengurangkan migraine,sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi.

14) Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik,
 potassium  yang amat diperlukan.

15) Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksida)


DAUN 


ubat kebas tangan dan kaki

Daun ini boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula boleh dicampurkan dengan air mendidih atau direbus. Air ini boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema.


Daun yang telah dipanaskan pula boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut. (cube laa berkesan taw.. abg ipar fina penah buat ) Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang kebas, bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberry dan kemudian gosokan pada bahagian yang kebas.


Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kencing dan radang. Air rebusan kulit pokok ini boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan asma, batuk,bronchitis,busung,menyingkirkan kahak dan hingus,tekanan darah tinggi,kebas tangan atau kaki. Ranting kering pokok boleh direbus dan dijadikan air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.



*sape yg tak pernah rasa buah nii g laa cari..hahaa..sedap taw..nk ag senang dtg je rumah fina nii..*

thanks ye sudi singgah dan bace entry fina..